Followers

BAIKNYA ALLAH.

ALHAMDULILLAH

Baiknya Allah. syukur ! bangun awal pagi nak hantar mama pergi kursus, tengok ada envelop dekat dalam post box. Syarikat Air Melaka Berhad hantar surat panggilan temuduga . SYUKUR ALLAH .

bulan 7 haritu ada pergi ujian kecergasan , man tolong teman ke sana and dia tunggu sampai 4 jam kalau tak silap. man juga yang inforn ada buka jawatan kosong tapi dia tak dapat panggilan langsung. mungkin bukan rezeki dia masa tu. tapi percaturan Allah tu kan yang hebat, man dapat kerja dulu dan aku baru je nak pergi interview. 

terima kasih dekat man sebab kalau dia tak inform vacancy masa tu, mungkin aku tak dapat panggilan ni. terima kasih sayang . nur harap man doakan nur selalu ya. 

so sekarang nak kena studi itu ini pasal syarikat air dan organisasi dan lain-lain. huhhh nervous tu bukan main tapi takpa nur akan buat yang terbaik sebab man dah usaha untuk nur dulu. tiba masa nur buktikan kebolehan nur. 

Ya Allah, mudahkan urusan nur dunia akhirat. Lancarkan tutur nur di hadapan panel, lembutkan hati panel-panel agar ambil nur kerja . amin ya Allah.


No comments:

Post a Comment